Tuesday, November 22, 2011

loghat dan aku

let's stop thinking about boarding school for a mean time .

as my brows are getting sweaty and my haggard face showed anxiety, it is getting too hard to keep my feelings calm and serene . oh Lord !


let's drop English for a while * berlagak ye kau nak cakap omputih lak *


aku perlu memartabatkan BAHASA MELAYU ! wooo-hooo !! sekarang aku bosan tahap babun. mau keluar berjalan-jalan laa . kelantan ? banjir ? haish . mari serahkan kepada Yang Maha Esa untuk menentukan segalanya .


Melaka ? Mungkin bulan Disember ? huahuahua .


Kedah ? tidak tidak tidak . aku dah penat menatap kehijauan sawah sawah padi dengan orang orangan :)


kadang kadang aku pikir lawak gak . aku ngan kiubmate 2011 aku semua budak baru . ada budak perlis , parit buntar ngan ipoh . aku tak penah terpikir akan dapat kawan dari negeri lain . dan aku tak penah terpikir akan dapat PENDANG ??!!


hidup bagai masuk kandang rimau mengaum , masuk kandang lembu menguak . kena mengiyakan je pe mende ntah sepatah haram pun ku tak paham yang diorang cakap sebab takut dicop macam macam . babun tol


tak percaya ? ingat loghat kedah ni senang sangat ke ?

" kami lapaq ayaq . makan ayaq coke pun oke gak "

tengok ? semua kena buh 'Q' kat belakang . huruf 'AIN' pun pekat nak mati


dan aku kena belaja semua tu ? sorry laa bhai , aku orang perak . loghat perak pun tersangkut sangkut lagi nak blajo kedah ? mungkin tidak :)


* oh maaf . jangan terasa wahai orang orang kedah . LAWAK JAA *
Powered By Blogger