Monday, January 31, 2011

toilet and nightmare

penggunaan ' aku ' untuk ceghita baru ada feel bak kata hanis zalikha . skema aah guna ' saya '

pheww . OMG aku cuci tandas ! waah bangga gilaa . macam , kali terakhir sebelum ke sawah padi . haha sebelum dikerah sendi sendi , urat urat , otot otot untuk cuci tandas mrsm pulak . huh nightmare haku . ini merupakan antara benda yang tak bestt masuk mrsm .

* err . NAK BUAT MACAM NI !


haha . poyo kan hanicah hamjah sebab isu cuci tandas pun boleh kau ketengahkan . i say , ' suke hati haku ahh . kau baca senyap senyap sudah ' . ehh azira junaidi . ingat masa kita kena kerah cuci toilet kat camp yang kita dapat baju hijau tuu ? ahh hape nama diaa . aha KEM CHENDERIANG , TAPAH

bhahaha . di situ juga kami dah praktis awal awal cuci toilet . orang kata ' tolong cegu dapat pahala ' .


* berus jamban pinocchio <----- i love you !


tapi .. ! ada beza aah cuci toilet umah ngan toilet yang berapa ribu orang guna ntah . geli geliman cik bedah . sapa ntah guna tak flush . *badigol betol* . sapa ntah campak benda dalam lubang . *hampeh betol* . sapa ntah tak spray perfume lepas membuang . *bakka-yaro ! *

dah nak memblah pun syok lagi menyumpah . err . dah laa tuu . dah kering idea .


note to nadhirah nordin :

' haha takde kena mengena aah . kita letak gamba itu pasal beliau tersangat laah cantek '


- cendawan goreng -

Sunday, January 30, 2011

jumaat cuti ! wow !

menghitung hari . sebelum dimasukkan ke dalam penjara . atas alasan munasabah . for future's sake . *damn ! i need my 4738G so freaking bad :'(


fatin , filzah , azira , anis , anith , nadhirah , amal , sufina . be tough dear . kita tau korang sayang kita , tapi untuk masa depan , it's time to move on . *ecey , ayat tak leh blaa . tapi kalau agak agak kita tak leh hidup kat sana , nak balek gunung rapat boleh kan ?


tapi kalau kita tak balek balek jugak , bila cuti sekolah atau hari jumaat , kita ngan sufina datang aah sekula tengok korang dan korang . * ehh kedah cuti jumaat ngan sabtu okeh ? no offence


right , memang hanicah hamjah dah cukup malas nak meng'update' blogg . banyak nak pikir . dah tak larat nak nangeh . dah tak larat nak sabar . dah tak larat nak pikir tentang hantu hantu mrsm ngan sbp * oke , mulut kau cabul di situ


banyak ceghita tentang benda itu . seram dan takut . i'll say a little prayer for myself . bahh


- cheesy lava stuffed crust -

Thursday, January 27, 2011

note to bebeh

hi korang . this is specially dedicated to korang . tak kesah laa ke mana juga korang dicampak . hulu , sawah , berkubang atau gunung kerapatan .


sedih oke . tengok orang tinggal kan kamu , kompem sedih . *aloo dia nangeh* cuba fikir orang yang terpaksa tinggal kan kamu . for , say future's sake . berlipat lipat lipat lipat ganda sedih . tinggal cikgu sporting , kerusi patah , besi cabut * aku wasiat kan besi tu kat pijah :) *, pengawas , homework bertimbun , mini stadium , dewan beso dan patut ke tuleh semua ? yang penting kawan kawan yang gila gila .

* haha . suke pijah ?


sayang korang walaupun rapat atau tak atau baru kenal atau baru ngam atau tak rapat mana pun tapi boleh laa sket sket kamceng . atau memang tak boleh ngam tapi kita cubaa kan ?



remaja perempuan . senang nangeh . hoi lamtak kami ahh , kau kesah apaa ? ramai classmates nangeh tadi . kite ngan sufina walaupun tak nangeh , tapi kiteorang sayang kome tau ? yeaa , rasa bersalah betol pasal tak nangeh . mungkin agak melampau :'(

hari tu baca kat mana dah lupaa . tapi dia tulih :

' kebiasaannya manusia akan menangis lebih teruk bila dipeluk '


bukan nak kempen jangan peluk kawan anda yang nangeh . biar dia merempat di situ . tapi memang betol fakta itu . sebab saya dah cuba . anda bila lagi ?

terharu tengok video azira . time kaseh korang . korang laa kawan yang paling sporting . nak nyanyi lagu you'll be in my heart tapi nak background tarzan :')


- nak burger ! we want burger ! -

Tuesday, January 25, 2011

swing swing swing

'eh cantik laa pulak gunung rapat nih . selama ni aku tak penah perasan pun '

haha . hamis khalica . betul kan ? dah nak membelot keluar dari gunung rapat baru rasa kacak bergaya betul sekolah ni . selama ni tak kesah pun . nampak yang huduh huduh aje . macam toilet perempuan yang latest punya . hah . andaa tau kenapa . sungguh klasik di situ


dan juga tapak perhimpunan yang kadang kadang berbau cat's poop . alah bisa tegal biasa laa tu . kenangan manis . heh


oh . eksperimen roti hoi ! jum masuk kelas memasak nak nanod ? dough kita buat lembut kan ? tak macam dough yang anota ngan asnot buat . tak sangka kita berbakat besar eaa nanod ? bangga 0.0

oh pijah , phateen , anota , asnot, ajira , amal , chupina , nanod dan geng . saya sayang kamu !



hah . shah cepatt decide . mana ?

- bihun n dadih jagung -

Saturday, January 22, 2011

cow madness


moo moo morning ! hai encik lembu ! anda sungguh comel . dengan tompok tompok putih dan hitam ! walaupun anda gemut dengan lemak lemak berlebihan tapi who cares ? aww anda sangat comel dan anggun ! kawaii ! ehh betul laa tak tipu


gemuk lagi comel kan ? lembu kurus macam nightmare . cakap comel cepatt


ape kartun nih ? lawak ke hape ? tak paham pun =.='


mari kawan kawan . ini tarian baru . nanti i tunjuk macam mana nak buat eaa ?


- nasi goreng jea -

Friday, January 21, 2011

jelapang padi

saya sayang gunung rapat .

tapi bagaimana kah ? mendapat mrsm tak semesti nya bagus . apatah lagi anda dicampak ke jauh pedalaman nun . huish . nak gak merasa balek tiap tiap minggu . nak gak menghilang kan homesick yang kemungkinan beso adaa . nak gak berjumpa dengan bubu tiap tiap minggu sebagai pengubat rindu . kekeke .

saya tak boleh berjauhan dengan ini !


aloo . sayang nak tinggalkan anak ku seekor nih . penat menjaga beliau . walaupun bampis dengan gumbira nye meng'offer' untuk mengutip semula hak milik terpelihara beliau , tapi berat nya hati nak bagi :'(


itu lah . kau harap sangat dapat mrsm . sekali dapat , nun di sana . di kampung halaman kau . negeri JELAPANG PADI MALAYSIA . dan tepat sungguh kerana tempat itu dikelilingi sawah padi . pandangan yang sungguh menghijau seluas mata memandang

hambek kau ! bendang kau dapat ?! serupaa lah tu dengan nama mrsm itu . muahaha ^^


hanicah hamjah . jika itu yang kau mahukan , silaa bersedia dengan fair n lovely . wahh kehitaman laa anak encik hamzah nih . whoops !


mungkin ada kebaikan nya , tapi :

saya sayang gunung rapat

saya sayang buddies gunung rapat

saya sayang bubu

saya sayang 4738G

saya sayang 916 berkilau

saya sayang yours truly , lucy b. parker

saya sayang susu rendah lemak HL

saya sayang headphone telinga gajah

saya sayang tilam lembut berspring

saya sayang domo !

:'(



- ayam kesedihan -

Wednesday, January 19, 2011

post baru : makanan

erm . makanan dan hanixah hamxah . it's normal for growing teenagers to think 'bout nothing but

F
O O D


normal laa weyh . kanak kanak mengalami tumbesaran mendadak . jadi manusia memerlukan makanan . jaadi post kali ini pasal makanan . * padahal takde kaitan pun dengan post baru . sewel

ini adalah ikan tele tele . err . sebena nye tak hingat pun nama dia . itu tak penting . asal selamat masuk dalam perut sudah

kompem sume pun tau ke mende nih . ayam penyet . * padahal ayam goreng makan ngan belacan aje . name kemain laie

* comel comel anda ini eaa . mari pada mamam

* dan ditemani oleh sky juice .

note to nanasik :

" 'Sky juice' seems to be a Malaysian slang term for plain water . I don't think it would be understood in the US or Britain "


- haha . gendang gendut tali kecapi ,
perut gendut suka hati ^^ -

Monday, January 17, 2011

mark vs robert

fuh . mata berpinar pinar . kenapa sekarang musim panas ? *tiba tiba terbayang bantal gebu dan tilam lembut . ahh ditambah pula kepeningan kepala tahap gaban .


anda ada 2 pilihan :

1 . berpura pura kuat sambil layan kitkat bites + facebook + blogger . layan juga video atau movie . lap sekali 4738G yang mula mengutip habuk .

2. menyerah kalah . mula kira kambeng biri biri . atau layan ceghita guna iPad . atau layan lagu sentimental sementara tunggu dibuai mimpi . acecece


hanicah hamjah membuat keputusan untuk amek pilihan 1 . better choice . homework bertimbun ada hati nak melabuhkan buntut atas katil . huh . tade tade . bergumbira dulu dengan 4738G sebelum memerah jus . jus otak otak . apa ada dengan game jojo's fashion show . wui . best tuh . bergumbira aje tolong fitting kan baju kat dummy . hoho . feberet


dah laa penin tengok facebook lama lama . apa ? nak tutup ? mark elliot zuckerberg apa dah jadi ? duit masuk pun penin ? mungkin anda kena menuntut dengan robert t. kiyosaki . rich dad poor dad atau rich dad's CASHFLOW


p/s : to bampis a.k.a bapak . mana dia rich dad poor dad ? dah khatam satu buku ke belom ?

- rendang -

Friday, January 14, 2011

we need you


jangan percaya . menipu semata mata . nak mekap blog perlu kan jangka masa yang agak panjaaaannnnngggg .


* ho ! terus lapo . oh perut tolong lah . tak sanggup membedal satu pinggan lagi


i mean it ! I WANT YOU ! I NEED YOU ! puh-lease


sekali lagi hanixah hamxah merepek dan repek dan pek lagi . dan anda terseksa di situ . naseb anda tak perlu mendengar hanixah hamxah membebel . selamat iye ?

- kari kari kari -


Thursday, January 13, 2011

muntah . herr

geez , i'm not happy . i could puke a horrendous rainbow


err . muntah . selalu dikaitkan dengan manusia barat bila terlebih berat atau cekeding tapi perasan gemut . eh gemut pun comel apa ? manusia obses . dehh

kalau dulu masa zaman kanak kanak riang ribena , anda muntah . mari sini emak tolong basuhkan . kamu tido ye .

zaman sekarang , anda muntah lagi . euww ! sapa nak basuh muntah kamu tuu ? dah pegi amek kain buruk lap . pastu buang aje lah kain tuu . takde sapa lalu nak membasuh mende alah tuu


* so much like this . ngeh ngeh ngeh ^^

hadoi . berdikari laah hanicah hamjah . umur kau berapa nak suruh mak tolong basuh kan ? manjaa betul . gedik betul . mentang mentang anak bungsu .


* penyelesaian muntah . yes , recycle it !


gilaa apa nak recycle . ingat 3R keh ? reuse , reduce and recycle . woih . tak penah dibuat dek orang . kau nak cuba boleh . gerenti takde sapa halang . kenyang satu malam .

* err . i might puke folks . so let's recycle it !


- udang -

Tuesday, January 11, 2011

why not ? motivate yourself

terpaksa membuat post baru akibat ketensenan melihat kerja sekolah yang mula membukit . bukit kemetot aje baru . please don't give me any task , folks ! tak suka oke . apatah lagi task yang merepek , merumitkan dan memerlukan daya fikir secara kritis dan tahap kreativiti yang tinggi . oh ! task bukan kerja sekolah laa pandai .


homework ? esok cegu nak . buat muka confidence dah siap udah . peh tu , pandai pandai laa hidup . anda tidak perlu di ajar macam mana nak buat kerja rumah last minute kerana anda , engkau , kamu , awak dan youuu memang tak boleh disangkal lagi pakar dalam bab ini

amaran : anda yang cepat menggelabah , jangan ikut ajaran sesat hanicah hamjah . kegelabahan anda menyebabkan anda terkantoi ketika di soal siasat oleh cegu garang lagi bermisai lebat dan lentik

bila mendapat satu task , hati mula merungut . ' pehal pulak aku yang kena ? ituu nape tak bagi budak tuh buat ? ' mula tensen . tapi jika anda pikirkan , bila cegu bagi task pada anda , pilihan beliau memang tepat sekali . huh . takde nye orang lain yang mampu buat benda itu melainkan anda . yaa , ANDA LAH !

memang anda lah orang nyaa sebab anda istimewa . ececece . tuding jari kepada orang laen menyebabkan anda menjadi seekor yang pengecut . jadi , bila anda dapat task , yakin yang anda mampu melakukan yang terbaik dan anda sudah diberi kan kepercayaan oleh manusia laen

iye . post kali ni bosan . hoho padan mukaa

- asam pedas -

Sunday, January 9, 2011

croquette

sepatut nya meng 'update' blog ni masa xmas . malang oh malang . malang beribu kali kerana terlupaa . busy kan ? acecece . alasan menyampah . muntah sekejap


* erm . hanicah hamjah hassam sangat kelaparan . kuih gemuk ini agak sedap


memang sedap pun . bayang kan anda makan kentang . mashed potato laa senang . luar rangup . alaa macam kulit ayam KFC hot and spicy . whoops !


* ade surprise lagi kat dalam


ingat kan kosong aje . rope nye ade pulak keju cair tersesat kat dalam . miahahaha . sungguh lazat . lalu laju laju mencari dekat jusco ipoh . ade ke pulak inti jagung . bluekk ! tolong lah . tak sesuai langsung kentang + jagung . ohh lupa . benda ni available kat jusco terbesau satu malaysia . yang baru bukak taun lepas kat melaka tuu . sedih betul kat sini tak dok :'(

ini adalah croquette bagi anda yang tak tau

Saturday, January 8, 2011

mini dan malaysia

post ini agak panjang . tarik nafas , hembus . tarik nafas , hembus . tarik nafas , hembus . ulang lagi . lagi ulang . berkali kali ulang . lagi lagi lagi


oh . baru teringat ada gamba yang boleh di jadikan ceghita . terlupaa mentang mentang sibuk hari hari . fuhh fuhh . kepanasan betul tengah hari in
i . ohh ujan lahh ! heyy hujan lahh ! encik katak yang comel lagi hensem , sila sumbang kan suara anda yang teramat lah merdu itu bak buluh perindu


hah . taman mini malaysia dan mini asean . show time . walaupun ramai antara anda yang udah penah pegi , tapi kompem ada yang terlepas . sambil melihat dan mendengar plus menyanyi sekali tonight by dbsk , berblogging jugaa . euww ! HD yang melampau kerana peluh peluh max dan jae joong jelas kelihatan . alaa geli laa geli


* agak memboyot di situ

* pakcik menari eaa pakcik ? hensem hensem

* hua hua hua

* baek lah . anda terlalu bersemangat

* tarian terakhir sebelum mencari mangsa

* predator mencari mangsa

* ekekekeke . alien versus predator


sila pergi pentas teja bagi anda yang berminat . itu pentas semi - arena . hah . berbaloi juga pakcik pakcik wijaya perkasa datang sekula hari itu . walaupun bengang sebab di paksa mendengar , tapi program ini ada kebaikan nya . bukti ? saye dah kenal pentas semi - arena . puhh . bangga

- buya bu ya buya bu ya bu -

Friday, January 7, 2011

kumbang . rama rama . monyet

* iye . kaler kami sedondon . nape ? anda tak puas hati ?


ini gamba lamaa . sebena nye tak laa lame mana . adakah gamba bulan 12 2010 merupakan gamba lama bagi andaa ? ya , jika anda dan awak yang perasan ayu dan control macho , suka bergambar . tidak , bagi saya dan kamuu yang lebih low profile . acecece


melaka mali . jalan seminggu pun tak cukup nak cover habes satu melaka . dehh . parah . paling bestt sekali dekat taman rama rama . err . kalau anda jenis manusia yang penakut pada serangga berterbangan lagi kaki banyak dan berbulu , err anda tunggu luar . iye lah . kat luar pagar besar berjaring ijau tuu


taman itu banyak jalan . pandai pandai laa hidup . pandai pandai laa cari secret passageway . bilaa anda terjumpa . dan orang laen juga ternampak anda berada di tempat pelik , mereka akan ikut anda . sebukk ! orang nak berfoya foya pun tak boleh


dah habes dah post ini . monyet ini akan menghiburkan hati andaa . * woi ! bukan daku laah . tengok bawah nun .

* tengok ! ini monyet kaler kuning kesayangan si busuk tak mandi pagi tadi lalu mengambil adik dia dengan moto merah


* ngeh ngeh ngeh . aloo . comei


- sandwich telur -

Thursday, January 6, 2011

hamiscah hamzah tak perlukan post baru

kacang lupa kan kulit . hanisah hamzah hassan tak mau berblogging lagi akibat sekula . akibat balek umah lambat . cucu atuk hassan memilih untuk bermain game daripada blogg . apa guna 4738G kalu tak di gunakan untuk game .


' kamu ni main game aje keje nye . malam kena belaja ye .. ! '

' ooo.. buku form 4 kamu tak sentuh lagi aye ? '


' mak tengok kamu ni malam malam tak belaja udah ye '


besh tak besh itu peraturan umah . malam belaja . jangan mengada nak merengek nak tengok tv . petang , pagi dan tengah hari , masa untuk berjoli . sukaa hati kamu laah nak buek ke pe mende lagi . game . movie . outing . makan . bercucuk tanam .


darjah empatt . encik hamzah selaku guru tak bertauliah . malam . anda WAJIB belaja . pukul 8 . dah paham bilaa beliau petik lampu , tarik kerusi , duduk kat meja belaja sambil belek belek buku . masa : 8 - 9 malam


darjah limaa . encik hamzah lagi mengajar . sains , matematik , bahasa inggeris . bm aje tak . paling besh beliau ajar sains . ulang berapa kali kalu anda tak paham . masa : 8 - 9.30 malam . * kan ? dah naek setengah jam


darjah enam . encik hamzah tak jemu jemu . mengajar lagi . lagi latihan . masa belaja juga naek sampai pukoi 10 malam . masa ni dah tau berdikari . jadi dah reti belaja sendiri bilaa beliau tak mengajar . dah tau dahh .

yang penting setiap paper periksa kena bagi beliau tengok . semua subjek . anda bagi tau markah anda , beserta bukti . bukti anda layak ke idakk dapat markah sedemikian .


tingkatan satuu . beliau tak mengajar kali ini . pandai pandai lah hidup ! hoh . masa belaja masih tak meningkat sampai habes tingkatan tigaa .


spm woih ! kau belaja dua jam cukup ke ? pmr boleh laa seminggu sebelum exam baru kau menelaah . pastu dah kusut . kelam . hai nasib badan


hanisah hamzah hassan tak mau berjanji akan lebih rajin taun ini . beliau bukan lah serajin mana yang anda sangka kan . awal taun beliau juga terkedek kedek seperti anda . mungkin lebih teruk . beliau pemalas tahap gaban . sifat ingin tahu akan membantu anda . jadi , SAYA NAK BACA BUKU !


- burger ayam -

Sunday, January 2, 2011

ah cake

happy new year , folks . yeah . hari ini berapa haribulan , cik puan ? maaf . lambat tulih . lambat post . lambat datang idea . lambat lambat lambert . post hari ini tak laen dan tak bukan untuk memastikan andaa dan engkau dan yaa , awak lah , yang tengah ratah kangkung belacan hidup hidup tuu , tertelan air liur sampai berapa jutaa kali tak terkira .


* first born , carrot slice


* second born , new york cheese


* kali ke berapa ntah born , chocolate strawberry . yaa saye tau . mess . salah kan pekerja potong kek herot benrot


* fuhh . ingat semula sebab kek favourite . kelahiran keempat , tiramisu


* kelahiran kelima , chocolate banana . bananasik ^^


* last born , pecan butterscotch . anak bungsu busuk manjaa


semuaa kek boleh di dapati kat kedai yang kaler merah + putih tuu . alaa , yang sebelah bengkel baiki kereta tuu . muaha .


esok mulaa sekula balek . dah tak leh bagi mata bengkak akibat tido hari hari pukoi 1 pagi . dah tak leh duduk tenang kat umah goyang kaki . dah tak leh layan citer korea malam malam akibat di pengaruhi nanasik . dah tak leh bergumbira kat umah tanpa masalah . ah ah ah . menyampah mak bedah ..


fuuh . game baru bermula . teringin nak masuk tingkatan tigaa balek . tak mau sekula . tulun tulun tulun

* jantan jambuu jumpa kotak mainan

- char kuey tiau -
Powered By Blogger