Thursday, December 30, 2010
kenyang . terlalu
Wednesday, December 29, 2010
selamat tinggal kotoran
*tahniah kawan kawan . tak sayang korang
udah . ujan pulaa . dah elok mengangkat buntut nak lalu ikut jalan simen . tibaa tiba nanod dengan otak geliga beliau ajak ikut jalan shorcut . jalan becak . jalan penuih lumpur . jalan kotor . jalan lecak . jalan yang mampu mengotor kan kasut kasut andaa . cehh . rugi pake seluar putih . kan daah kenaa ..!
malang tak semestinya berbau . dah elok elok 2 langkah lagi nak pijak pondok simen , terpijak tanah yang MASYA-ALLAH - DALAM NYA - BECAK - NIH ! huih . baek lah hanisah hamzah . bawak bawak laa bersabar . mende ni boleh ilang gunaa dynamo . haha . ade ke patut 10 kali cuci baru putih berseri macam baju baru ?!
tapi ajaib . mende alah itu senang aje nak kuar . tak perlu sental sental , gonyoh gonyoh , tonyoh tonyoh atau berus berus bagi menghilang kannya . good job dynamo !
woo ! MALAYSIA MENANG WOIH !
- sambal udang -
Tuesday, December 28, 2010
debab . gebu . mok mok
har har har
*harap esok tak ujann*
- daging masak kicap -
Monday, December 27, 2010
merepek
* yaa . ini ceghita taun lepas . tapi besh apaa ?
Sunday, December 26, 2010
a ring and a laptop
janji mak abah sudah di tunaikan . wang tunai bertukau tangan . cincin idaman hati dan yang terberat sekali yang boleh di kobek dalam kedai , jugaa bertukau pemilik . jari kau kecik . apaa ? ulang sekali lagii . jari kau kecik laa yang . biase pompuan saiz 12 . kau berapaa ?? patut laa kau tak banyak pilihan . haduusss !
* cincin + komputer riba = cinterba ?
ow yes ! komputer riba kepunyaan pc depot jugak bertukar pemilik . hambik kau ! bagi sini ! yaa . bak mai sini , cheq jaga elok elok naa . komputer ke-riba-an yang boleh dikira jauh lagi moden , majuu - yalaa yalaa yalaa kalau di banding kan dengan kepunyaan abang dan kakak kakak hanisah hamzah . ceh ! telinga ku dah berasap ! siapp kau , aku bagi tumpah nasi + kicap atas keyboard kau !
p/s : time kasehh mak dan babah
home premium
har har har . hanisah-hamzah-kekeringan-idea-tapi-gatal-nak-update-bloog-beliau-jugak . tulis apa apa saje laah . nak mengacau bampis gara gara terdengar suare minah-mane-ntah-sesat , mase telepon beliau , kang beliau merajuk tak tego tujuh hari tujuh malam pulaa .
telepon beliau . denga suare pompuan malu malu angkat . ' hello ? ' . mak terkejutt beruk . pass telepon kat nanasik kelaparan . lagi ' hello ? ' . beliau terkejutt cipan lalu laju laju tekan butang kaler merah phone mak .
telepon kali kedua . baru dengau suare tuan punye handset-yang-dikira-power-sebab-touchscreen . adegan nyakat menyakat bermula . tuann punye handset tak mengaku berkali kali . alasan beliau paling munasabah ,
' itu suare operator kut '
' orang tengah bawak kete tadi , kalu tak takkan nak berenti tepi jalan jawab telepon '
dah . cukup laa di situ . payah kang beliau merajuk . dah tak mau sentuh belacan
- ketam masak cili api -
Saturday, December 25, 2010
pelik .
baru tengok status manusia kat facebook . pelik bila seekor manusia yang claim diri nya bukan alien , tulis status ' rasa hepi mcm baru pas bersalin !!!! '
hahaha . baiklah . sila panggil manusia itu jika anda kenal . silaa suruh beliau laju laju bukak beloogg ini . ngeh ngeh . hah . tape laah . nanti saye mesej beliau . senang cite
bukan berniat untuk mengutuk , menyindir atau memerli . tapi pemilik beloogg ini sangat sangat tertarik dengan status itu . haha . tahniah ! * meremang bulu roma bile beliau panggil katak puru beliau ' adinda kesayangan '
hoh . terlebih terujaa laa tu . dapat katak puru terkangkang pun sukaa . manusia memang pelik . yaa . anda , anda dan anda tapi bukan saya , sume nyaa pelik pelik belaka . HAHA !
mungkin kah sebab beliau ada pengalaman tengok orang bersalin ? kompem laa adaa . kate amek kerjaya yang paling dipercayai di dunia . kerjaya yang ibu ibu dan bapa bapa suruh anda jadi sejak kecik lagi .
' anak mak sayang , besau besau nanti mung jadi doktor yaa . nanti boleh inject mak hari hari '
' kamu jadi doktor bile besau yaa anak babah . tapi jangan inject babah tau , mak kamu tak pa . babah takut jarum '
huu . selamat berjuang tuan punya katak puru . selamat berjaya . selamat menghasut hanisah hamzah suruh amek bidang yang serupa dengan mu . selamat menyimpan duit untuk di perabis kan kepada hanisah hamzah . time kasehh ^^
- pizza ayam cendawan -
Friday, December 24, 2010
makan lagi
when i first saw you i knew nothing's like it used to be
you have got to be the finest thing in history
the way i feel inside is just so hard to understand
you feed my appetite in ways i can't explain
i'll eat you up !
jangan merapu kate hanisah hamzah udah beso . dah pandai berpuitis . sungguh romantis . ehem ! tak de makne nye . ini lirik boa . kpop lagi .
mati katak puru kau , hanisah ! dahhhh ! minat balek mamat korea putih melepak . haiyoo . cukup cukup laa hidup dalam dunia fantasi . tak tenang idup .
ini merupakan makanan mudah untuk di sediakan . 30 minit boleh siap . tambah cendawan , ayam / daging , bawang +++ . ehh jap . ini bukan blog resepi masakan untuk ibu ibu ye . maaf . resepi ? CARI SENDIRI ! lalalala
- spagetti cendawan-
Thursday, December 23, 2010
it's over
hari ni hari penentuan . kau berjaya atau sebaliknya . kau menangeh atau kau melompat terkinja kinja . parents mencuka atau parents peluk kau and say ' that's my son / daughter / kiddo . you make me feel so proud of you ' . balek rumah , parents membebel atau parents bawak pegi membeli dan memblah .
kome tak paham ? tape tape . nengok gamba kat bawah
tahniah kepada 74 bebudak pmr termasuk saye yang dapat 8A . har har har . jumlah = 75 budak gunung kerapatan .
itu adalah andaa .
- hari ni lauk ape eh ?-
Monday, December 20, 2010
bird . burung
baiklah . suka hati anda kalau nak mengutuk hanisah hamzah sebab jaku-on tengok movie yang dah terlepas panas . maaf .
betui saye ngaku tengok wayang kureng besh kalu banding dengan movie-yang-abang-kau-download . sebab apa ?
2 . sakit mataa sebab wayang gelap . * boleh rabun tau ?
3 . tak da privasi
4 . kena control makan bertih jagung dengan minum air cola . *dah tak boleh slurrpp sluurrpp
takut orang sebelah pandang macam alien sesat planet
5 . lupaa balek movie yang kau tengok . bukan boleh ulang tayang percuma untuk kau sorang
6 . *untuk orang rabun sajaa* hangout dengan kawan . kawan buat surprise ajak tengok wayang . dah laa kau rabun . lupaa bawak spek . * sebelum ni malu nak pakai spek siap siap sebab takut di label 'nerd dan skema'
nampak kaler movie aje cukup laa kan ?
kat rumah confirm ada lampu terang benderang . confirm tak rabun . ajak family join sekali tengok . makan ? makan buah udah lee . cepat sket melaburr
dann paling penting PERCUMAA ! haha
p/s : thanks a bunch to bampis / htriple / bulat / ah bul / BAPAK !
- nasi ayam -
Saturday, December 18, 2010
comot
comot . perkataan yang paling tepat apabila anak anak dara encik hamzah masuk dapur . main main dengan tepung , telur , baking powder , serbuk koko - ya laa ya laa . yang paling penting COKLAT . hanisah hamzah sukaa tengok coklat cair . uuu , lazat !
cehh . tolong buat topping aje pong . dah riuh sekampung . macam ayam bertelur sebiji , riuh sekampung . HAHA ^^
* bangga sekejap
pun begitu , saya percaya topping memain kan peranan penting . * ape salah nye nak berhujah ?! tanpa topping , kek kome kelihatan huduh dan tak bermaya . tak menarik perhatian pemakan pemakan yang pelahap . HOHO !
baik lah . kami menipu anda kalau mulut berkata kata yang resepi tidak digunakan . * apa kau ingat kita orang ni CHEF MASTER ? tutup mata dah siap 7 courses . katak betui
COMOT ? rasa nya tak apa sebab err . um . kami bukan perfectionist . baru tahap beginner , bukan tahap mak yang udah beranak tiga . * jaga bahasa kau ! erm . kami bukan tahap ibu ibu mengandung dan kemudian dah melahirkan anak ketiga .
* huh . kek beliau kaler itam . hangus laa tu
heyy , cakap jangan sebarang cakap ! name pun chocolate moist cake , takkan nak putih suci kut . agak agak laa .
* sentuhan magis terakhir
- laksa kedah -
Friday, December 17, 2010
kopi
latte , mocha , cappuccino , espresso , cortado , flat white , naked coffee , iced coffee , ethiopian , solar eclipse - ya laa ya laa ya laa .
- green tea ( better choice ) -
Wednesday, December 15, 2010
hanicah hamjah
once upon a time , where the knights are bold ...
' adik , bangun . hari ni dapat keputusan upsr . haa , ingat tak ? '
erm . melangkah dengan penuh ketakutan ke SEKOLAH KEBANGSAAN SUMAI ROKAM . jumpa geng . terjumpa ustaz khalid .
' haa , nisah . tahniah awal ! '
' aik , tahniah ape ustaz ? '
'saje , tahniah awal ! '
um . masih tak dapat menerima hakikat . pukoi 9.30 pagi . berkumpul dalam dewan . anota dengan kamera nya . * phone camera , digital kamera , dslr - who cares ?
nampak mamat yang happy macam spongebob . prefect oh . dalam hati ' dah datang lambat , boleh pulak dia melepak dulu kat depan dewan . katak betul '
ucapan cikgu . ' yang di sangka dapat 5A tak dapat , yang tak di jangka dapat 5A tu dapat '
berdebar debar . tiba tiba air mata mencurah laju macam jogfall during monsoon .
* located in india
oke . saye tak malu nak mengaku . menangis tiba tiba . bukan nya result dah dapat pun . bukan jugak ade bawang makcik kantin tersesat masuk dalam dewan .
' jangan laa nanges '
' udah le tu . kamu kompem dapat 5A '
haziq almarz mastaza . * kau menanges jugak kan ? tak yah menipu . mula mula dia memujuk , then dia sendiri nanges . HAHA . minda budak 12 taun . begitu lah .
ade gak dengar pijah memujuk . sape ntah wa tak tau . takkan idung dah merah macam badut , mata dah berair seolah olah tengah kupas bawang , tersedu - sedu nak nengok orang laen . malu laa cik bedah oi !
..fatin badrol hisham..
..hanisah ..
* nape muka cik chan serius macam ni ? takut teman nengok nye
ucap kan alhamdulillah , syukur kita kepada ALLAH * nasyid jap *
5A ! oh yeah ! i like it , ahha ahha . berapa banyak mak orang laen termasuk mak sendiri yang dipeluk , dah tak ingat . sonok sangat . laju laju jumpa guru besau , puan hajah nafzah . sembang sembang . * pastu dah tak ingat apa jadi *
yang geram nya , bila mak yang dah tau awal awal result dari mulut cik chan , tenang je nengok anak nya menanges . tenang dan senyum tanpa sepatah kata . haiyoo . tensen tul
....and the princess and her prince charming live happily ever after
- mee kari -
Tuesday, December 14, 2010
dadih keladi
APE NAK JADI DENGAN REMAJA SEKARANG NI ?
ate . cube le kome pikior . udah idup membosan ceng gini . nak buek ke mende lagi . nak post yang merepek . err tidak itu bukan saye . saye ade multiple personalities . tiba tiba rajin . tiba tiba malas . tiba tiba terase nak gigit telinga boo - yard sampai putus . tiba tiba rasa nak makan peha gemuk + gebu boo - yard . tiba tiba nak lawan cara kucing jantan gaduh ngan boo - yard . yaa . die lah mangsa nya . MUAHAHA !
tapi itu sume boleh control . kalau anda nak marah , sabar . kalau anda nak malas , tengok tv yang ada dato' dr fadzilah kamsah . kalau anda terase tensen ber blogging , then lupe kan blog sebentar . kalau anda malas nak makan , tak pe . tak payah makan . * boleh kurang berat badan tau ?
oke . sekarang saye tensen . masalah pc tak berguna tak nak berfungsi lagi . HAIYOO ! campak ke laut je !
* err . tak cukup tenang
* um . dah terlebih tenang * selamat kau pc !
- SUP AYAM -
Sunday, December 12, 2010
final destination
' nanti datang melaka pegi laa umbai '
' umbai tu amende ? '
' umbai tu cantik woo '
' umbai tu amende ? '
' saksikan umbai '
* offline
UMBAI TU AMENDE ? ARHH !
oke . * bengang jap . dah . teringat asnot zeinuddin pule . dia kate ' pgy makan ikan bakar umbai laaa . bru layan . jauh pun berbaloi maaa . makan ikan bakar dgn nasi lemak time malam . mna mau dapat '
dah . saye dah tau mende ape U-M-B-A-I tu .
* perkampungan ikan bakar terapung umbai baru
baru tau umbai ade dua . umbai lama dan umbai baru . umbai baru cantek woo .
* hah . cantek kan ?
* masa untuk memilih yang comei comei
haha . nak bagi anda terliur bukan susah .
* udang masak ape ntah
* sotong goreng tepung
* mr crab + black pepper
* siakap 3 rasa
* pari bakar kosong
* kerang rebus serai
adakah air liur anda sudah melelehh mencecah tingkat bawah rumah ? * curik ayat anota . HAHA ^^
* sume makanan di atas available here
jangan kata kau tak suka makanan laut . gigit kepala kang !
- kekenyangan -
Thursday, December 9, 2010
makan . brrupp
ORANG BELANJA
sape tak suka ? yang mengalami keguguran rambut secara mendadak bukan anda , tapi empunya badan yang rajin betol belanja makan . duit berlambak . bersepah sepah . apa anda nak ? cakap ja . i have plenty of cash to throw around ^^
haa . seronok pula nak berceghita . malam semalam memang syok . makan tak ingat dunia . lagi lagi dan lagi . balek malaysia dari india , seluar sampai londeh . balek ipoh dari melaka , confirm seluar ketat + sendat + mampat pasai lemak lemak hangpa dah bekumpoi . hohoho
* sila click gamba untuk besau kan
dah . makan ala ala korea . SEOUL GARDEN . * boleh praktis guna chopsticks .
err semesti nya . tiada binatang peliharaan
- chicken black pepper -
Friday, December 3, 2010
beauty and the beast
teringat mase pegi india 6 bulan yang lepas . teringat budak budak india . kanak kanak laa yang . beggars at a very young age . dan kalau anda bertuah dan anda pendek , bila anda berjalan die akan ikut anda . bila anda berhenti , dia akan pusing keliling kaki anda . haha takut kan ? ceh tak de laa . rimas ja . sebab saya ada pengalaman apa ? pak tam yang tinggi lampai juga menjadi kesayangan budak india . haha
apa susah ? hulur ja syiling 1 rupee kat deme . hari tu saya hulur 5 rupee , budak 5 tahun ( kut ? ) tu tergamam sebentar . kak bbanui kata sebab 5 rupees dah boleh beli kuih gemuk ala ala karipap inti telur . hoh * untuk menguji matematik anda , rate tukau duit 100 rupee = RM 7.19
* waiting patiently
* this is how we do it
haa nak tau mane budak budak ni dok ? here
* slum area
haha kau ingat kau pegi taj mahal semata mata , takkan jumpa budak kecik ni apa ? lagi berlambak kat sana . kau ingat kau boleh lari ? MUAHAHHAHA . kami bernaseb baek sebab mase tu musim ujan . tak banyak budak kuar . hypothesis kak bbanui ---> hujan . basah laa deme kalu kuar . takkan nak pakai payung ? kantoi laa .
- die ikut kome mintak duit sampai ke merata tempat . tapi bila kome masuk kedai , restoran , mall dan sebagainya , dia tak ikut . malah patah balek ke tempat laen
- ayam masak kicap -
Tuesday, November 30, 2010
periksa ! :'(
* bila exam , ini reaksi kawan kawan saya .
HAHA haha jika anda perasan , ITU REAKSI KAWAN KAWAN BUKAN HANISAH HAMZAH . sebab hanisah hamzah ni tenang je orang nya . *ayat kau tak boleh belah , boleh buat orang menyampah tau tak ?
exam ni tak de laa sebesau UPSR , PMR atau SPM . hanya untuk orang yang berminat untuk berjauhan dengan parents dan belaja hidup berdikari demi kesenangan masa depan . ngeh ngeh ngeh . exam ini nama nya bukan maen lagi hebat . UKKM . macam nak masuk universiti . *padahal ujian kelayakan kemasukan mrsm
tahniah kepada sahabat saya ( asnot dan iqmal-iah ) yang dah lepas exam hari ni , 1 disember . selamat memerah jus otak kepada saye , adeena , azira , amal n shah yang amek periksa esok .
* confirm ini reaksi bebudak spm lepas abes exam . HAHA
eh ikan patin atau fatin najwa , hang exam lusa kan ? haha keseorangan laa hang nampak nya .. ! kteorang abes exam dulu wooo
tak kira apa pun , ingat unta ini dan kucin saya akan sentiasa berbunga bunga dan menemani fikiran anda . haha
- sambal sotong -
Monday, November 29, 2010
bawang .
haa . tak perlu kenal kan . confirm anda tau apekah mende ini . dah . kalau anda mula garu garu kepala bukan di sebab kan pembiakan kutu yang melampaui batas kat atas kepala anda , dah confirm anda jarang jarang menjejak kan kaki ke dapur . dalam bahasa yang lebih sopan ,
PEMALAS NAK TOLONG MAK MASAK !
haiyoo . macam mana nak jadi anak mithali ni ? pemalas bebenau . *hulur kan tangan ringan kan beban ( iklan sebentar )
tolong laah . kenapa kau kata lelaki tak payah memasak ? memasak kan kemahiran . mana tau kalau kau jadi macam robinson crusoe . tiba tiba keseorangan dekat pulau . boleh belaja masak belalang dengan ulat pokok .
eh ngantuk gilaa . oke babai . selamat tido . *kenapa jam blog ni salah ? sekarang pukul 11.12 pm . selamat titom .
- SAYONARA -
Sunday, November 28, 2010
song here in my heart
hey . tetibe rase nak bubuh video ini . hari tu saye di perkenal kan dengan GLEE CAST . tak sangka boleh sangkut pula . ngeh ngeh ngeh . glee season two . part charice aka sunshine menyanyi . fuhh ! mantap gila suara die . kenape ? anda tak percaya ? please enjoy . =p
kiwi
* ini diaa burung kiwi . saye tau anda tak penah nengok
ngeh ngeh ngeh . sume tertipu . post kali ni bukan pasal burung tapi pasal buah . yeaa makanan lagi . *tapi tummy ini sentiasa penuh atas ihsan manusia yang bernama bampis .
dah . confirm lubang hidung beliau mengalami pembesaran yang tak terkira hebat nya . HAHA ! maaf maaf . kang tak pasal pasal beliau tak mau belanja dah .
* memperkenal kan buah kiwi
tak perlu susah susah buat passport dan laju laju melancong ke new zealand untuk tengok buah ni . available in malaysia . buah ini kaya dengan vitamin c , e dan a . bagus untuk kulit yaa wanita wanita kat luar sana . err lelaki pun boleh .
haa ! dah cakap bagus untuk kulit karang pegi tibai makan sampai 10 biji buah kiwi . haish . jangan cari masalah *hey jangan nak nyanyi trouble is friend by lenka lah . sebab apa ? erm buah kan ? confirm ada kandungan serat atau fibre yang tinggi . tak pasal pasal kena berjumpa dengan 'encik tandas' berulang kali .
dah . info tamat . sama sama .
- SAYONARA -